KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti 5,648 lokasi 'hotspot' banjir di 163 daerah di seluruh negara sebagai persediaan pihak berkuasa bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata persediaan berkenaan adalah untuk memudahkan perancangan awal atur gerak penugasan dan pelan intervensi keselamatan.
Beliau berkata masyarakat terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko banjir diminta memberi kerjasama serta patuh kepada arahan pihak berkuasa jika perlu berpindah demi keselamatan dan mengelak kejadian tidak diingini.
Susulan itu, sebanyak 61,839 pegawai dan anggota penguatkuasaan agensi keselamatan termasuk polis bersedia diatur gerak bagi menghadapi MTL.
"Agensi keselamatan yang terlibat ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat (24,114), Polis Diraja Malaysia (19,085), Angkatan Pertahanan Awam (10,510), Angkatan Tentera Malaysia (4,205) dan Jabatan Sukarelawan (3,925)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi itu akan diketuai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali yang dilantik sebagai Komander Operasi Bencana Peringkat Pusat.
Razarudin berkata perancangan atur gerak rapi telah dibuat dalam menghadapi MTL yang diramal bermula lebih awal tahun ini iaitu November hingga Mac 2024.
Menurutnya polis juga bersiap sedia menggerak asetnya melibatkan 503 bot, treler bot (206), lori (497), kenderaan pacuan empat roda (802), ambulans (17), jet ski (15), jaket keselamatan (6,028) dan lapan pesawat udara mengikut keperluan serta perkembangan semasa bencana.
"Polis juga bekerjasama rapat dengan agensi keselamatan lain untuk memastikan setiap misi bantuan dan menyelamat mangsa dapat dilaksanakan dengan pantas," katanya.
Razarudin berkata polis juga akan memastikan tahap keselamatan termasuk di sempadan negara kekal diberikan tumpuan sepanjang penugasan bencana banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023
Polis telah mengenal pasti 5,648 lokasi 'hotspot' banjir di 163 daerah di seluruh negara sebagai persediaan pihak berkuasa bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL). - Gambar hiasan/BERNAMA
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
Banjir: 2,095 petani sektor tanaman agromakanan terjejas
Sejumlah 2,095 petani sektor tanaman agromakanan di seluruh negara terjejas akibat banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) setakat ini, melibatkan kawasan yang dianggarkan seluas 4,701 hektar.
Menjinak ombak ganas Pantai Kemasin
Pantai Kemasin yang menghadap Laut China Selatan antara lokasi terbaik di Kelantan untuk mencabar keberanian bermain papan luncur air.
Jumlah mangsa banjir di Pahang, Johor menurun, Kelantan kekal
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri berkurangan kepada 71 orang di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 tengah hari ini, berbanding 80 orang di empat PPS pagi tadi.
Anwar tinjau banjir di Kelantan esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke Kelantan esok bagi meninjau sendiri situasi banjir yang melanda negeri itu ketika ini.
Lima sungai di Pahang termasuk di Cameron Highlands rekod paras waspada
Paras air lima sungai di empat daerah di Pahang dilapor melepasi paras waspada setakat jam 9 pagi, Ahad.
Tiga sungai utama melimpah, Kelantan dijangka dilanda banjir lagi
Penduduk yang tinggal di sepanjang tiga sungai utama di negeri ini dijangka dilanda banjir bermula jam 2 pagi pada Isnin ini.
APMM bantu pindah enam pelancong terkandas di Pulau Rawa
Bot ronda PERKASA 31 yang sedang dalam rutin Op JAKSA, diarahkan ke lokasi berkenaan selepas menerima aduan daripada pengusaha resort pulau itu.
Kerajaan peruntuk RM35.8 juta kepada JKM hadapi Monsun Timur Laut 2023/2024
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM35.8 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghadapi bencana pada tahun 2023 dan 2024.
JKNK tugaskan 1,086 anggota hadapi banjir gelombang kedua
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menugaskan 1,086 anggota sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang kini memasuki gelombang kedua.
Kelantan, Terengganu, Selangor kembali banjir, Perak pulih
Tiga negeri kembali dilanda banjir apabila beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kelantan, Terengganu dan Selangor.